Marilah Kita Berdoa Memohon Pertolongan Allah

Friday, April 30, 2010

Helmet la pulak...


salam...
petang2 jumaat camni nih nak buat keje rasa malas la plak..keje byk tp xtau mana satu nak buat dulu..last2 satu pon xbuat..aku dok main2 dgn intenet je nih ha..aku nih kira mat rempit gak ke hah? bak kata Adnan sempit punya kawan aku nih kira jatuh kategori mat rempit kelas A..kelas yang bawak dgn berhati2 la ni ek..kadang2 la..haha..hari2 merempit ke tempat keje..tgh merempit tu sempat lagi dok tgk perangai org merempit yang bermacam2 ni..hari ni aku dok perhati jenis2 helmet diorg plak..btul kata abang aku time aku cite aku penah jatuh moto time nak balik keje..aku nih kuat berangan..dia cakap dia tak heran pon aku jatuh moto sebab banyak kali dah aku xciden yang simple2 je sume sbb berangan...tp bila dipikirkan balik 3 kali je aku penah jatuh..sekali basikal masuk longkang besar..sekali moto panjat atas ford ranger dan sekali moto bantai tembok..haha..
berbalik pada cite helmet tadi nih aku tgk hebat2 gak helmet diorg..aku tgk yang hebat dari aku je..yang pakai apollo takde polisterin tu aku tak tengok la..bila dah tgk helmet2 yang hebat2 tuh ade rasa teringin la plak...so aku pon dok pikir la cmne nak hebatkan helmet aku nih..dalam kepala bukan pikir nak beli baru tapi pikir nak cat balik helmet aku nih bagi cantik..hehe
tgh2 dok pikir design n kaler cat tu aku dok cari2 la contoh kat internet nih..sekali terjumpa helmet2 yang hebat2 macam yg aku teringin tu la pulak..ni ha helmet tuh..


cantik la helmet ni..ni helmet yang paling aku berkenan..moto merah hitam tapi aku berkenan helmet hijau hitam ni..xtau la masuk ke tak..aku suka sgt kaler hijau..dulu moto mmg nak beli hijau hitam tapi takde stok plak..


kaler ni pon cantik gak..tapi kepala aku tetap berkenan yang hijau kat atas tu gak.


yang ni sama je kaler dgn helmet aku skrg cuma ni lagi hebat la..hehe


yang putih ni mmg la lawa tapi payah nak jaga..kang jatuh 3 4 kali bercalar balar nampak hudoh la plak kan..


hitam ni cantik gak tapi aku tak berkenan sgt..sluar dah hitam..jaket hitam..moto dah byk hitam kang helmet lagi hitam balik malam2 kang org tak nampak aku plak..



dalam banyak2 helmet ni yang hijau tu gak yang aku paling berkenan..harga bleh tahan mahal gak tuh..mampu milik ke tak aku tak tau la..kena discuss dgn wife gak nih...haha

aku cari helmet2 tu kat sini..

malaysianbikers.com.my
solidgold-helmets.com

Tuesday, April 27, 2010

Al-Fatihah...


Tanggal 21 April 2010 hari Rabu kira2 pukul 4pm aku mendapat panggilan daripada paktam mengatakan nenekku tgh nazak...kemudian acu pula menghubungiku mengatakan nenekku sudah tiada...
aku bergegas pergi ke rumah acu...nenekku sudah tiada...Ya Allah...aku sungguh sebak...sebak kerana tidak sempat berjumpa dgn nenekku...sebak kerana aku tidak datang menziarah nenekku pada hujung minggu yg lepas...sebak kerana paktam sudah hubungi beberapa kali pada hujung minggu memberitahu keadaan nenekku...tapi aku tidak datang menziarah kerana tidak sihat...aku terkilan...
Sedih kerana kehilangan seorang insan yang menjaga aku dengan penuh kasih sayang ketika aku kecil sehingga dewasa...Insan yang sangat memahami aku...yang tahu membaca perasaan aku...yang sentiasa menyokong aku...yang mengajar aku solat...yang mengajar aku membaca al-Quran...semuanya...
aku pernah bergaduh dgn adikku tetapi adikku yg dipersalahkan...kelakar...betapa sayangnya dia kepadaku...
aku pernah menghadapi masalah dan dia yang menyokong tindakan aku..dia yang membela aku...dia yang menjaga aku...
dia yang pertama sekali aku bawa bersiar2 dengan kereta baruku...dia yang sudi datang ke rumah sewaku...komennya.."pakai bukan main strong tapi bilik macam org keje motong.." sambil ketawa dengan mata tertutup..kelakar..
dia lah insan pertama yang aku tunjukkan bakal isteriku...dan dia yang menyarungkan cincin pertunangan ke jari isteriku...
dia yang beria2 di pagi aku akan bernikah...berkali2 di pesan pada abangku jgn benarkan aku yang memandu sendiri..sehingga sanggup mengesot hendak keluar melihat aku pergi bernikah walaupon dia tidak mampu...aku sangat sedih dan terharu waktu itu..
Dia sangat sayangkan aku...
aku terkenangkan semua kenangan aku bersamanya dari kecil sehingga dewasa...dan tatkala melihat jenazahnya hendak dikafankan aku tidak dapat menahan perasan...YA ALLAH...tempatkanlah nenekku di kalangan hamba2Mu yang beriman...cucurilah rahmat ke atas roh nenekku...kasihanilah nenekku sepertimana dia mengasihaniku dari aku kecil sehingga dia sudah tiada...

Monday, April 19, 2010

Shamshy lahir pada bulan Januari.


Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Sifat orang yang lahir pada bulan Januari biasanya:
1: Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
2: Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
3: Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
4: Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
5: Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
6: Pandai mengambil hati orang lain.
7: Pendiam kecuali telah dirangsang.
8: Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
9: Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
10: Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
11: Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
12: Cukup sayang pada kanak-kanak.
13: Suka duduk di rumah.
14: Setia pada segala-galanya.
15: Perlu belajar kemahiran bersosial.
16: Sifat cemburu yang sangat tinggi.
Kajian Oleh: Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah

Perihal Kematian dan Dua Kesibukkan

Artikel ni aku ambil dari laman web surau.townplan.gov.my...
just nak berkongsi dengan sahabat2..bagaimana kematian kita nanti..bagaimana selepas kematian kita nanti..adakah kita berpeluang mengetahui waktu kematian kita..beruntungnya hamba Allah yang berpeluang mengetahui waktu kematiannya..
Sila baca artikel ini dan sama2 kita mendapat manfaat darinya..InsyaAllah..

Ketika engkau dimasukkan ke liang kubur, mereka pun melemparkan tanah padamu. Itu adalah sunnah. Apakah alasannya? Setiap jengkal tanah akan meresap jasad simati. Habil terbunuh oleh Qabil, kemudian Allah swt menunjukkan bagaimana menguburkan jasad Habil. Jika manusia tidak belajar bagaimana mengubur jasad orang mati, maka "Jika jasad orang mati tidak tertutupi oleh tanah, bau jasad itu membuat orang seisi dunia jatuh pengsan."

Tanah yang diguna untuk menguburkan jasad itu adalah rahmat dan kurniaan Allah SWT. Bila jasad tidak dikubur semua orang akan mengutuk simati karena bau busuk yang berasal dari mayatnya. Dengan kata lain, ketika kamu menguburnya, kamu juga sedang menutupi aibnya.

Salah satu asma Allah adalah Sattar, Dia Yang menutupi dosa. Dia sedang menutupi dosa simati dengan menguburinya. Jika tidak dikuburkan, maka berleluasalah org hidup menceritakan keburukan simati satu persatu. Dengan terkuburnya simati, yg tinggal hanyalah kenangan yg akhirnya hilang ditiup angin waktu yg berlalu.

Ketika kamu melihat jasad itu di lantai terlalu lama, akan datang satu bayangan jasad itu kembali hidup! Itulah ketakutan yang muncul dalam hati kamu bilamana jasad tidak dikuburkan. Jika seseorang meninggal disebuah rumah dan jasadnya disana,selama itulah ahli rumah pun merasai kesedihan dan seterusnya ketakutan. Ini kerana kematian adalah suatu gambaran yg agung yg kadangkala menakutkan. Ambang kematian pula adalah sesuatu gambaran yang menggigilkan tubuh, yang pasti kamu rasakan ketika melihat malaikat pencabut nyawa dimuka pintu.

Allah menzahirkan hal keadaan kematian itu sebagai rahmat jika kita menguburkan simati di dalam tanah. Jika jasad berada di atas tanah, kamu pasti tidak lalu untuk makan & minum saat melihat jasad tersebut, karena akan terlihat suatu yang menjijikkan. Apatah lagi jika jasad simati terbiar beberapa hari. Disebabkan gambaran yang menjijikkan itu jugalah jasad dikuburkan. Maka hilanglah rasa takut dan jijik setelah jasad simati tertanam di dasar bumi. Tapi ingatlah! Jika kamu jijik dan merasa takut padanya, tahukah kamu apa yang dirasakan oleh simati tentang hukuman Allah ? Jawabnya : “Mereka (malaikat tukang siksa) sedang menunggu ketibaanku.”

Berapa banyak jasad yang sedang ketakutan menunggu hukuman Allah dan saat dikirim malaikat Munkar & Nakir. Orang itu ditinggal sendirian, dibawah tanah, tak mampu bergerak ke kanan & ke kiri karena ada tanah di sampingnya untuk menjaga jasad agar tetap lurus.
Setiap orang akan mati, tak seorangpun ditangguhkan kematiannya.. Nabi bersabda bahwa Allah mengirim ruh kembali ke jasad tersebut. Apabila ruh dikembalikan, orang itupun duduk tegak. Lalu dahinya terhantuk batu. Setiap kali ia ingin duduk kepalanya terhantuk batu. Saat itulah baru ia menyedari, bahawa ia sudah mati dan saat itu adalah kali terakhir dia di dunia. Dia menyedari bahwa dia sedang berada diambang akhirat.

Dua malaikat datang, bertanya padanya,"Siapa Penciptamu ? Siapa pembawa RisalahNya ? Apa agamamu ? Dan apa kitab sucimu ?" Jika lidahmu membeku saat itu, maka kamu berada dalam bahaya. Jika lidahmu tidak membeku dan mampu menjawab, maka kamu akan selamat. Itulah sebab suatu masa dulu, sebahagian ulama’ sufi menyuruh murid2nya untuk menyendiri di dalam kubur, untuk mengajarkan mereka, "Suatu hari kamu akan seperti itu."

Jika kita merasakan ini dan menyedarinya, kita tak akan duduk bersenang-lenang. Kita akan sibuk mencari ruang untuk berbuat amal kebaikan. Hati tidak akan dibiarkan kosong daripada zikir, selawat dan alunan Al Quran. Sibuk memohon keampunan Tuhan sambil menanti saat kematian.

Namun, ada satu lagi kesibukkan yang membuat kita ghaafil(lalai), sibuk, tak peduli dengan hal kematian. Itulah saat kita sedang sibuk dengan pekerjaan dunia. Mengapa? Kerana tarikan dunia lebih kuat daripada tarikan akhirat. Sesuai dengan bumi yg mempunyai graviti yang tinggi. Dek kesibukan itulah hati-hati kita menjadi rabun dan seterusnya buta. Lalu membayangkan kesibukkan kita terhadap dunia itu sebagai satu kebaikan juga. Maka terdetiklah didalam hati, ”Tanpa orang yg sibuk seperti aku, dunia akan berhenti. Jika Allah tak membuatkan aku sibuk, maka semuanya pasti sepi tidak bergerak." Semoga Allah mengampuni dan menyelamatkan kita dari kesibukkan yg sebegini.

Inilah antara pati mutiara kalam dari Shaikh Hisyam Kabbani, salah seorang ulama sufi tersohor, terutama dikalangan penggemar ilmu tassawuf.

Terkadang terfikir juga, kesibukan terhadap dunia ini memang melalaikan. Namun terkadang diriku tidak dapat lari dari kesibukkan terhadap dunia, apatah lagi dalam keadaan zaman sekarang. Dalam masa yg sama, aku tahu, kesibukan inilah yg melupakan aku, melalaikan aku dalam mempersiapkan diri menghadapi kematian. Pada masa yg sama, aku tidak mahu kematianku menjadi gerbang neraka bagiku. Tapi…..Ya Allah! Tunjukkanlah aku jalan terang.

Seorang Sheikh pernah diadukan seseorang tentang masalah ini. Lalu beliau menjawab dengan satu jawapan yang ringkas, tapi amat mendalam maknanya. Maka jawab beliau, “Nasib baik lupa… boleh ingat, boleh diingati, boleh pula mengingatkan.”

Ya! Itulah! Itulah penyelesaiannya!. Sememangnya aku tidak dapat lari dari kesibukkan. Sibukku dengan makan dan minum, sibukku dengan keluarga, sibukku dengan rakan-rakan, sibukku dengan sesuatu yg aku mahukan. Tapi… hatiku boleh mengingatkan aku! Hatiku boleh menyedarkan aku! Hatiku boleh keluar dari kesibukkan dunia! Bukankah hati ini boleh sampai ke bulan, walaupun jasad ini masih berada di bumi. Bukankah hati ini boleh sampai kepada kekasih, walaupun jasad ini tidak bersama kekasih. Ya… hati ini mesti keluar, tidak perlu menyertaiku menyibuk dalam urusan dunia. Hati ini mesti sibuk dengan satu lagi kesibukkan. Kesibukkan Zikrullah!.

Dengan hati inilah, tangan manusia yang sibuk menaip di papan kunci komputer, diingatkan agar tidak menaipkan fitnah dan perkara yg bukan-bukan. Mata manusia yg sibuk meneliti sesuatu dihadapan, diingatkan agar sentiasa menjaga pandangan. Kesibukkan manusia yg terkadang melampaui waktu rehatnya, diingatkan agar tidak melampaui waktu solat. Kesibukkan seorang pemimpin dalam menguruskan urusan dan perbendaharaan negara, diingatkan agar berlaku adil dan tidak melanggar amanah. Hati bagaimanakah yg mampu memberi peringatan sedemikian. Itulah hati yg sibuk dengan ingatan kepada Allah SWT.

Namun, kematian tetap menjadi suatu yg menggusarkan jiwa. Kerana seorang pun tidak mengetahui bagaimanakah keadaan mereka ketika menghadapi saat kematian. Husnul Khatimah kah? Suu’ul Khatimah kah? Rabi`ah al`Adawiyyah sering menangis seharian sambil istighfar. Beliau berkata, "Bagaimana aku tidak beristighfar ? sedang aku tak tahu bagaimana Sayyidina Izrail akan mengambil nyawaku, dengan siksaan atau kebaikan?" Jika kamu tahu, maka semuanya lancar;

Tapi... tak seorangpun tahu !

Saturday, April 17, 2010

KELEBIHANKU...




Jumaat lepas aku pegi buat test darah..dah lama xbuat full blood test.last aku buat rasanya masa tengah menjalani latihan industri kat hospital kulim 5 tahun lepas.masa tu keputusannya semuanya untuk aku sorg je.sehat sgt2.
tapi result yang terbaru ni banyak betul kelebihannya.bukan untuk aku sorg je.boleh kongsi dengan semua org.bak kata pepatah boleh buka mini market dah..banyak yang lebih..tu la kelebihanku..haha..aku dah mula risau ni..sebelum ni aku xrisau pon.tapi bila dapat result ni aku sangat risau.
Aku rasa dah tiba masanya untuk menjaga pemakanan aku ni.xleh main belasah je mcm sebelumni.bukan sebab nak kurus tapi untuk kurangkan semua kelebihan2 aku itu. Masuk harini dah 5 hari la aku start menjaga pemakanan. banyak artikel2 yg aku baca cakap kena start perlahan2.ikut penerimaan tubuh la.bukan senang nak lawan nafsu makan ni. ni baru nafsu makan.belom nafsu yg lain2 lagi.haha.
Ni antara artikel yang aku baca la.saja untuk dikongsi bersama.aku amik dari blog
mysimplestory.wordpress.com
Petua kuruskan badan:
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Thursday, April 15, 2010

Kemalangan...

Dah lebih daripada 8 bulan aku merempit ke ofis setiap hari. stakat ni dah 4 kali aku tgk berlaku kemalangan diantara motosikal di lorong moto dan 1 kemalangan melibatkan aku dgn tembok..hehe. tapi yang paling teruk adalah kemalangan pagi tadi la..terbaring je pakcik tu atas jalan dengan muka penuh darah.banyak btul darah.sampai terpaksa naik ambulans..
kenapa berlaku kemalangan?walaupon di lorong motosikal.walaupon di jalan yang lurus je..apa yang aku perhatikan ramai penunggang yang xde cermin sisi..konfem la diorg xnampak moto yang datang dari belakang. Pastu ramai gak penunggang yang suka memotong dan menukar lorong tanpa toleh belakang ataupon tgk cermin sisi..main potong je..aku dah byk kali tgk ramai yang nyaris2 nak berlanggar termasuk la aku sendiri gara2 penunggang yang memotong sesuka ati je xtgk belakang langsung.
Satu lagi jenis yang suka main masuk je ke lorong moto dengan selamba dengan harapan org belakang yang akan mengelak diorg..berani btul org mcmni. dah 2 kali aku tgk org mcmni berlanggar dgn org blakang. pastu menyusahkan semua org..kalau dia sorg je yg jatuh xpe la..ni habis semua sangkut.
kenapa la diorg berani sgt. langsung xhati2 bawak moto. ape yang diorg pikir dlm kepala aku pon xtau la..mst semua org penah tgk kemalangan. xtakut ke klu jd pada kita. aku bukan la skema sgt tp aku cukup takut klu jd kemalangan. Alhamdulillah la sepanjang aku bawak moto baru 2 kali je aku kemalangan..tu pon sorg2 je n xteruk langsung...
macamna nak bg semua org berhati2? bukan senang kan..

Wednesday, April 14, 2010

insan tersayang...




ni la insan2 yg aku sayang sgt. isteri dan anak aku. gambar ni aku amik masa tgh tgu komuter kat stesen batu3 nak pergi ke Kl sentral..saja bawak family jalan2 dgn komuter dan lrt..
bulan depan insyaAllah akan lahir zuriatku yang ke2..semoga segalanya berjalan dengan selamat..InsyaAllah..










gambar ni plak masa kitaorg pegi lawatan ke jejantas klcc. masa ni aku bawak mentee2 aku pegi melawat. saja ja nak pegi.best gak melawat jejantas tu tapi sekejap sangat..diorg bagi 10minit je kat atas tu..mayb sebab free kot sebab tu sekejap je.huhu













ni la gambar terkini anak teruna aku. gambar ni wife aku amik pastu send kat aku masa aku pegi kursus induksi kat kaki gunung nuang kat hulu langat jumaat n sabtu lepas..saja nak bagi aku rindu pastu terus balik awal..hehe

assalamualaikum...

14 april 2010 11pm.

selamat malam...
pagi tadi aku baru blaja sendiri cara2 nak buat blog dari internet selepas tertarik dengan laman blog Ustaz Gunawan Aziz. Susah gak nak buat blog ni sebab aku blaja sendiri tanpa tanya sape2.just tengok dari internet je.kira cuba jaya la ni.bak kata pepatah cuba try test.hehe.
pastu mlm ni pon aku dok blaja lagi nak cantikkan blog aku ni.kira ikut citarasa aku je la.byk lagi nak kene blaja ni.kali ni kena la tanya sahabat2 yang dah ada blog.
melekat gak aku kat blog ni sampai isteri pon mcm dah merajuk je..cian dia..

Islamic Hijri Calendar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Share |