Marilah Kita Berdoa Memohon Pertolongan Allah

Tuesday, July 20, 2010

Golongan Muda Muflis Kerana Kad Kredit


Isnin Julai 19, 2010

PETALING JAYA: Mereka muda dan mewah, tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis.

Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh berkata, 15 peratus daripada lebih 39,600 individu yang menyertai program pengurusan kredit AKPK adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.

Beliau berkata, ramai golongan muda diisytiharkan muflis disebabkan oleh perbelanjaan berlebihan menerusi penggunaan kad kredit dan kegagalan mereka untuk mengikut peraturan asas dalam pengurusan kewangan yang bijak.

Tambahnya, individu terbabit tidak akan mengalami masalah hutang sekiranya jumlah pinjaman mereka tidak melebihi 40 peratus daripada perolehan kasar pendapatan bulanan.

“Orang ramai perlu mempelajari untuk membuat pengurusan kewangan dan berbelanja bersesuaian dengan kehidupan mereka.

“Jika mereka boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak 5 peratus seminggu, mereka boleh menjimatkan 20 peratus menjelang akhir bulan,” kata Devinder yang menyifatkan cara berkenaan dapat membantu untuk membina kewangan asas yang kukuh.

Beliau mengulas laporan Bank Negara bahawa sebanyak 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.

Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000.

Devinder berkata, ramai individu gagal untuk menjelaskan pembayaran kerana pengurusan kewangan yang lemah dan tiada kawalan dalam penggunaan kad kredit.

“Mereka yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang-hutang perlu mencari bantuan awal sebelum sebarang faedah dikenakan ke atas mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca), Datuk Pail Selvaraj turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan golongan muda yang diisytiharkan bankrap dan bersetuju bahawa kebanyakan mereka mengalami masalah berkenaan kerana tidak menguruskan penggunaan kad kredit dengan bijak.

“Apabila mereka diisytiharkan bankrap, kehidupan akan menjadi lebih sukar kerana nama mereka akan disenaraihitamkan di dalam data Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS),” kata beliau yang menambah bahawa keadaan itu akan menggagalkan permohonan pembiayaan mereka secara automatik.

Paul berkata, kebanyakan golongan muda terperangkap dengan hutang kerana mereka hidup melebihi cara yang sepatutnya.

“Permulaannya, mereka begitu mudah terpengaruh terutama gaya hidup rakan-rakan.

“Namun mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dengan teratur sehingga menyebabkan kredit berlaku berterusan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan sikap mementingkan jenama di kalangan generasi muda menyebabkan mereka tidak mengambil peduli soal kemampuan dalam perbelanjaan.

“Mereka tidak mendapatkan kesannya ketika menggunakan kad kredit, tapi ‘sakit’nya akan dirasai pada akhir bulan,” tambahnya.

sumber: http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/19/mstar_berita/20100719095828&sec=mstar_berita

Monday, July 19, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Assalamualaikum...
Aku terbaca artikel ini dari laman Facebook...
tidak pasti sejauh mana kebenarannya..tetapi menarik untuk dikongsi bersama..sila baca artikel dibawah ini..

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Monday, July 12, 2010

Konsert Mahabbah Gaza



Pada hari sabtu, 10 Julai 2010 yang lepas aku membawa anak terunaku pergi menyaksikan konsert Mahabbah Al Gaza yang diadakan di stadium Malawati Shah Alam..sebuah konsert yang sangat menarik yang penuh dgn keinsafan dan kemarahan menyaksikan paparan keganasan israel terlaknat dan keperitan hidup masyarakat di Gaza...berikut merupakan liputan sepanjang konsert diadakan yang dipetik dari http://malaysiaharmoni.com/index.php/nasional/33-nasional/371-5000-meriahkan-konsert-mahabbah-gaza

a

SHAH ALAM - Sekitar 5,000 pengunjung terhibur sambil menghayati mesej yang dialunkan dalam persembahan konsert bersempena dengan Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di Stadium Melawati malam tadi.

Konsert yang diberi nama 'Mahabbah Gaza (in my hearts)' itu menyaksikan gabungan kumpulan nasyid popular seperti Raihan, Rabbani, Nowseeheart, Saujana, In-Team dan Ummul Qura yang menyampaikan lagu-lagu bertema Palestin, perjuangan dan kedamaian.

aaTurut mencuri perhatian adalah para penyampai IKIMfm yang membuat persembahan khas berpaksikan sajak dan nasyid. Penyiar-penyiar yang tampil ke pentas adalah Zamri Zainal Abidin, Nik Hasnah Ismail, Siti Fairuz Nordin, Siti Rohani Surani, Mazlina Ismail, Norhayati Paradi, Zarita Kassim, Mohd Erwan Johari, Mohd Nasri Mohd Yusuf dan Mahathir Shaharuddin. Erwan paling mendapat perhatian apabila menyanyikan dengan baik sebuah lagu Brothers, 'Lagu Kedamaian' melatari persembahan sajak penyampai-penyampai lain.

Konsert Mahabbah Gaza dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan turut menjemput khas ketua misi kemanusiaan 'Flotila' ke Gaza Mei lalu, Norazman Shamsuddin. Norazman dijemput naik ke pentas selepas persembahan Saujana oleh ketua kumpulan nasyid tersebut, Sufian Amrin dan diminta mengulas sedikit berkaitan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Tambah menarik, konsert malam tadi turut dijayakan oleh persembahan daripada bukan Melayu seperti Udesh yang berbangsa India, serta seorang Cina Muslim dari Kelantan yang mendeklamasikan sajak dengan penuh penghayatan dan menusuk kalbu.

Ketika kumpulan Nowseeheart sedang menyampaikan lagu 'Damai yang Hilang', Norazman sekali lagi tampil ke pentas menenangkan vokalis utama, Azahari yang tidak dapat meneruskan bait-bait lagunya kerana sebak justeru lirik lagu tersebut memang jelas ditujukan kepada umat yang hilang kedamaian oleh kezaliman peperangan.

aKumpulan Rabbani yang membuat persembahan pada penghujung konsert turut mengenang bekas penyanyi utama dan ketua kumpulan mereka, Allahyarham Asri Ibrahim. Seorang anak Allahyarham berganding dengan Rabbani menyampaikan lagu 'Di Pondok Kecil'.

Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 IKIMfm dari 9 hingga 11 Julai 2010 diadakan untuk meraikan para pendengar IKIMfm yang telah memberikan sokongan berterusan kepada stesen radio unggul berkonsepkan Islam di negara kita.

Menerapkan konsep 3M iaitu "Mendidik, Menyampaikan Maklumat, dan Menghibur", beberapa acara menarik telah diatur. Antaranya rakaman langsung Forum Mahabbah Gaza, forum "Keluarga Sakinah", Konsert Mahabbah Gaza, Nasyid on Stage disusuli program untuk kanak-kanak iaitu Alam Ria Si Kecil, untuk para ibu, rancangan D'Dapur, sukaneka dan sesi beramah mesra bersama penyampai-penyampai IKIMfm.

Sepanjang sembilan tahun penubuhannya, IKIMfm tampil dalam industri penyiaran negara dengan penuh tanggungjawab untuk menjadi rangkaian maklumat, penerangan dan hiburan yang seimbang dalam usaha mendidik dan merangsang akal fikiran serta jiwa pendengar.

Konsert Mahabbah Gaza malam tadi adalah acara kemuncaknya yang turut disiarkan secara langsung melalui IKIMfm.

a

a

a

a

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Share |