TAZKIRAH : SABAR & SOLAT
Kebiasaan Rasul sallallahu ‘alaihi wa sallam jika ada kesusahan atau kesulitan, baginda akan segera melaksanakan solat.
Allah Ta’ala berfirman, وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (Surah Al-Baqarah: 45)
Pengajaran ayat:
1- Bagi yang ingin meraih kebahagiaan dunia dan akhirat, maka minta tolonglah pada Allah dengan bersabar dan solat. Maqatil bin Hayan rahimahullah berkata tentang tafsiran ayat ini, “Mintalah tolong dalam mencari akhirat dengan sabar dalam melakukan kewajiban dan solat.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 1: 379)
2- Ada ulama yang menafsirkan sabar dalam ayat di atas dengan puasa, sebagaimana dikatakan Mujahid. Kerana bulan Ramadhan disebut dengan bulan sabar. Sebagaimana disebutkan oleh Al-Qurthubi dan ulama lainnya. Dalam kitab Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir, 1: 379.
3- Ada yang menyebutkan pula bahawa yang dimaksud sabar dalam ayat adalah menahan diri dari maksiat. Ada perkataan dari Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah bahwa sabar itu ada dua perkara. Pertama, sabar dalam menghadapi musibah. Sabar yang lebih baik dari itu adalah sabar dalam meninggalkan yang Allah haramkan. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 1: 380.
4- Hudzaifah bin Al-Yaman berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mendapati kesulitan dalam suatu urusan, beliau segera mengerjakan solat. (Hadis Riwayat Ibnu Jarir)
5- Orang yang khusyu’ dan tenang dalam solatnya, solat akan mudah baginya dan juga dia akan mudah untuk sabar. Kitab Ahkam Al-Qur’an Al-Karim.
6- Sabar akan memudahkan segala macam urusan. Begitu juga solat yang merupakan timbangan iman dan dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar akan memudahkan pelbagai urusan. Demikian menurut Syaikh As-Sa’di dalam kitab tafsirnya.
Moga ini jadi pelajaran berharga untuk kita dalam menghadapi ujian kehidupan.
No comments:
Post a Comment