Marilah Kita Berdoa Memohon Pertolongan Allah

Saturday, May 8, 2010

Explorasi flora di FRIM


8 Mei 2010, Sabtu
8.30am.

Seramai 46 peserta yang terdiri daripada 40 pelatih juruteknologi makmal perubatan Kolej Teknologi Makmal Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya diiringi oleh para pengajar serta pengetua telah berhimpun di FRIM untuk mengadakan aktiviti meredah hutan bagi menghayati keindahan flora yang terdapat disini. Aktiviti dilakukan dengan bantuan seorang jurupandu yang disediakan oleh pihak FRIM. Bermula dengan melihat beberapa jenis pokok dan diteruskan dengan meredah hutan. Kami kemudiannya dibawa mendaki hutan berbukit untuk menaiki 'canopy walk' sepanjang 500m dan seterusnya menuruni bukit melalui anak sungai sehingga sampai ke kawasan rekreasi. Aktiviti yang berlangsung selama 3 jam ini disudahi dengan acara makan tengahari dan mandi sungai. Aktiviti berakhir pada jam 2 petang. Ini adalah antara paparan aktiviti yang sempat dirakam menerusi kamera handsetku..huhu.


Budak2 ni happy je masa sampai. pantang nampak org nak ambil gambar..Masa ni tgh tgu jurupandu..












Ade gak la yang dok melepak sana sini sementara tunggu jurupandu..termasuk la 2 jejaka nih..hehe















Ni la tempat berkumpul masa nak mulakan aktiviti..












Mendengar taklimat daripada jurupandu tentang aktiviti yang akan dijalankan..













Ni la dia jurupandu kami..yang pakai baju putih tu..umur dah 60 tahun tapi cergas lagi..menurut beliau FRIM ni merupakan hutan rimba buatan manusia yang mula ditanam sejak 1929 lagi..










Ni pokok ape pon aku tak ingat dah..akar punya la banyak..sampai ke atas tu akar dia..



















Ini pulak pokok 'raintree' ataupun pokok hujan..menurut cerita jurupandu tu la..kat pokok ni ada banyak lagi pokok2 parasit yang tumpang kat pokok ni..termasuk la haiwan2 seperti tikus..tupai dan juga ular..









Yang ni pulak pokok buluh..punya la besar batang buluh ni..boleh buat meriam buluh tu..

















Yang pokok kecik2 kat atas tanah tu la pokok kacip fatimah...banyak sgt diorg tanam..














Ini la pokok kulim..aku lahir kat kulim..dah lama dah hidup..ni la 1st time aku jumpa pokok kulim..macamni rupanya pokok tu..




















Macam2 la jurupandu ni dok bagi penerangan kat semua peserta..bukan main ramah lagi dia..













Sempat lagi aku bergambar dengan budak2 ni kat pokok yang ada daun terbesar ni..










Tengok la daun dia besar tu..tapi tak pasti la terbesar di dunia ke atau di Asia tenggara je..



















Kami semua meneruskan perjalanan untuk melihat keindahan flora kat FRIM ni..udara memang nyaman...
















Pokok belalai gajah...sebab akar yang terkeluar tu macam belalai gajah...


















Aku nak ambil gambar pokok tapi budak2 ni lak dok posing lebih2..haha













Pemandangan kat sini memang cantik..luas...Boleh buat gambar untuk letak kat poskad..jurupandu tu yang cakap..hehe











Berjalan lagi dan lagi...tapi time ni tak penat sangat lagi..













Menurut jurupandu tu..ni pokok 'liana' tak tau la ejaan betul ke tak tapi macamtu la bunyinya..pokok ni dok berlingkar je kat pokok2 lain..kalau ditebang dahannya akan mengeluarkan air dan boleh diminum..boleh la dipraktikan kalau ada yang tersesat atau terlupa nak bawak air sendiri macam aku tadi..tapi aku mintak air kat budak2 tu je..nak tetak tak bawak pisau la pulak..












Pemandangan dari atas kat area sini memang cantik...subhanallah..nampak daun2 pokok ni kena cahaya...berkelompok lagi..cantik..











Selesai 1st round jelajah hutan...rehat kat sini sambil tengok pokok keladi besar ni..besar la jugak...pastu kena daki bukit balik sebab nak pergi naik 'Canopy walk' pulak..masa ni memang penat...










Masa ni baru lepas naik bukit..baru nak sampai kat area nak masuk ke tempat 'canopy walk' tu...nampak kat belakang aku tuh..bukit tu lagi la penat nak naik...basah kuyup dah baju aku tu..











Ini la dia tempat permulaan nak berjalan di atas titi gantung sepanjang 500m tu..













Tengok budak2 ni berjalan kat atas titi tu dengan selamba je..













Ni kat atas titi gantung tu...ni baru kat checkpoint pertama...punya la takut..tapi kena buat2 selamba gak..haha..dalam hati sapa tahu..tengok bawah gayat tu..
















Masa ni dah turun dari 'Canopy walk' tu..turun bukit tak la penat sangat...

















Berehat sekejap sementara menunggu budak2 yang lain..time ni penat sangat2 dah..











Air sungai ni sikit je tapi punya la sejuk...bestnya kalau boleh berendam kat sini..huhu













Semua dah penat..dok cari pot rehat masing2..penat tapi still posing..huhu


















Macam biasa la..pantang ada kamera..mesti posing punya..hehe..
Lepas ni kami kena turun bukit lagi..sampai la dekat kawasan rekreasi...lega rasa bila dah sampai...dapat minum air puas2 n makam nasi ayam..time makan aku tak ambil gambar sebab terlupa..asyik dok minum air je..haha








Last skali kami pon balik...budak2 ni dah puas mandi dah..naik atas bas konfem tido tak sedar diri tu...

Thursday, May 6, 2010

Thoughts.....







Anger is a condition in which
The tongue works faster than the mind .

You can't change the past,
but you can ruin the present
By worrying over the future!

Love...and you shall be loved.

God always gives His best to those
who leave the choice with Him.

All people smile in the same language.


Everyone needs to be loved....
especially when they do not deserve it.

The real measure of a man's wealth
is what he has invested in eternity.

Laughter is God's sunshine.

Everyone has beauty
but not everyone sees it.

It's important for parents to live
the same things they teach.

Thank God for what you have,
TRUST GOD for what you need.

If you fill your heart with regrets of yesterday

and the worries of tomorrow,
you have no today to be thankful for.

Man looks at outward appearance
but the God looks within.


The choice you make today
will usually affect tomorrow.

Take time to laugh, for it is
the music of the soul.

Patience is the ability to idle your motor
when you feel like stripping your gears.

Love is strengthened by working
through conflicts together.


Harsh words break no bones
but they do break hearts..

To get out of a difficulty,
one usually must go through it.

We take for granted the things
that we should be giving thanks for.

Love is the only thing that can be
divided without being diminished.

Happiness is enhanced by others
but does not depend upon others.

For every minute you are angry with someone,
you lose 60 seconds of happiness
that you can never get back.




Do what you can, for who you can,


with what you have, and where you are.




"People will forget what you said,

People will forget what you did,

But people will never forget how you

made them feel"

Friday, April 30, 2010

Helmet la pulak...


salam...
petang2 jumaat camni nih nak buat keje rasa malas la plak..keje byk tp xtau mana satu nak buat dulu..last2 satu pon xbuat..aku dok main2 dgn intenet je nih ha..aku nih kira mat rempit gak ke hah? bak kata Adnan sempit punya kawan aku nih kira jatuh kategori mat rempit kelas A..kelas yang bawak dgn berhati2 la ni ek..kadang2 la..haha..hari2 merempit ke tempat keje..tgh merempit tu sempat lagi dok tgk perangai org merempit yang bermacam2 ni..hari ni aku dok perhati jenis2 helmet diorg plak..btul kata abang aku time aku cite aku penah jatuh moto time nak balik keje..aku nih kuat berangan..dia cakap dia tak heran pon aku jatuh moto sebab banyak kali dah aku xciden yang simple2 je sume sbb berangan...tp bila dipikirkan balik 3 kali je aku penah jatuh..sekali basikal masuk longkang besar..sekali moto panjat atas ford ranger dan sekali moto bantai tembok..haha..
berbalik pada cite helmet tadi nih aku tgk hebat2 gak helmet diorg..aku tgk yang hebat dari aku je..yang pakai apollo takde polisterin tu aku tak tengok la..bila dah tgk helmet2 yang hebat2 tuh ade rasa teringin la plak...so aku pon dok pikir la cmne nak hebatkan helmet aku nih..dalam kepala bukan pikir nak beli baru tapi pikir nak cat balik helmet aku nih bagi cantik..hehe
tgh2 dok pikir design n kaler cat tu aku dok cari2 la contoh kat internet nih..sekali terjumpa helmet2 yang hebat2 macam yg aku teringin tu la pulak..ni ha helmet tuh..


cantik la helmet ni..ni helmet yang paling aku berkenan..moto merah hitam tapi aku berkenan helmet hijau hitam ni..xtau la masuk ke tak..aku suka sgt kaler hijau..dulu moto mmg nak beli hijau hitam tapi takde stok plak..


kaler ni pon cantik gak..tapi kepala aku tetap berkenan yang hijau kat atas tu gak.


yang ni sama je kaler dgn helmet aku skrg cuma ni lagi hebat la..hehe


yang putih ni mmg la lawa tapi payah nak jaga..kang jatuh 3 4 kali bercalar balar nampak hudoh la plak kan..


hitam ni cantik gak tapi aku tak berkenan sgt..sluar dah hitam..jaket hitam..moto dah byk hitam kang helmet lagi hitam balik malam2 kang org tak nampak aku plak..



dalam banyak2 helmet ni yang hijau tu gak yang aku paling berkenan..harga bleh tahan mahal gak tuh..mampu milik ke tak aku tak tau la..kena discuss dgn wife gak nih...haha

aku cari helmet2 tu kat sini..

malaysianbikers.com.my
solidgold-helmets.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Share |