27 February 2010
10am
Aku telah membawa sekumpulan pelatih juruteknologi makmal perubatan dari Kolej Teknologi Makmal Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk melawat jejambat udara menara berkembar Petronas. Turut serta dalam lawatan ini adalah pengetua kolej, Puan Saaidah dan seorang lagi staf. Lawatan pada jam 10am ini bermula dengan pendaftaran peserta lawatan dan kemudiannya diberikan taklimat ringkas mengenai jejambat udara. Kami dipertontonkan dengan visual dalam bentuk 3D mengenai menara berkembar petronas dan seterusnya dibawa menaiki lif secara berkumpulan untuk ke jejambat udara. Setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk berada di atas jejambat udara tersebut selama 10 minit sahaja. Berikut disediakan beberapa rakaman foto sepanjang aktiviti lawatan berlangsung.
gambar ni masa baru nak pergi ke kaunter jejambat KLCC tu..masa ni tengah tunggu beberapa orang yang tak sampai2 lagi..Aizudin datang lambat..saja je nak bgtau..haha
bergambar bersama pengetua kolej MLT..Puan Saaidah dan anaknya..dan aku dengan anak dan isteriku..
masa ni kami baru nak diberi taklimat berkenaan lawatan ke jejambat udara tu..dan tgk video tentang KLCC..3D lagi tu..
isteri dan anak aku ni bukan main bergaya lagi dengan cermin mata tu..tapi anak aku ni pasang je video tu terus tidur..hehe
tengah beratur untuk naik lif ke jejambat udara..kawalan ketat masa ni..semua barang kena scan..huhu
Isteri dan anakku pun sempat bergambar di atas jejambat udara ni..best sgt pemandangan kat atas ni..
selepas melawat jejambat udara KLCC tu kami pergi ke Aquaria pulak..ada juga yang ikut puan Saaidah pergi jalan2 ke tempat lain..
No comments:
Post a Comment