Marilah Kita Berdoa Memohon Pertolongan Allah

Saturday, May 15, 2010

Zoo Negara Volunteer Program 2010



15 Mei 2010
8.00am - 4.30pm
47 pelatih juruteknologi makmal perubatan dari Kolej Teknologi Makmal Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah mengikuti program sukarela 'Zoo Negara Volunteer Program 2010' dengan diiringi oleh seorang pengajar. Semua peserta telah berkumpul di PPUM seawal jam 7am dan bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki 2 buah bas.
Program dimulakan pada jam 8am dengan penerangan mengenai aktiviti oleh wakil Zoo Negara dan peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk ditempatkan di kawasan-kawasan aktiviti mengikut keperluan. Antara kawasan penempatan aktiviti peserta adalah Customer servis, Bird park, Savannah, Reptile, Mammal, dan banyak lagi.
Peserta berhenti rehat pada jam 10am dan makan tengahari pada jam 1pm. Aktiviti kemudiannya diteruskan lagi sehingga jam 4pm. Peserta kemudiannya menaiki bas untuk pulang ke PPUM pada jam 4.30pm. Para peserta telah menunjukkan minat dan kesungguhan yang begitu baik sepanjang aktiviti berlangsung walaupun aktiviti yang dilakukan begitu memenatkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta. Diharap aktiviti seperti ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan lagi oleh para pelatih juruteknologi makmal perubatan.
Berikut merupakan paparan sepanjang aktiviti dijalankan untuk tatapan para pembaca.

masa mula-mula sampai di zoo negara..sempat lagi bergambar walaupon dan lewat..













budak-budak ni tengah tunggu untuk diambil oleh zoo keeper..ni antara muka2 yang masih belum diambil la ni..hehe











Ni pun sama la..lama sangat tunggu zoo keeper tak datang2 amik..saja nak ceriakan diorang ambil je la gambar diorang ni..hehe











rajin budak2 ni buat keje. siap boleh naik lori pusing satu zoo hantar makanan...












pagi-pagi kebanyakan pelatih kena menyapu daun2 kering dekat setiap kandang haiwan..ni la contoh pelatih yang begitu rajin tapi pantang jumpa kamera..hehe










Pagi-pagi masih ceria... =)

















Budak2 ni sedang membersihkan kandang seladang...nampak sangat rajin dan bersemangat... hehe











sedang lap cermin kat reptiles department...













masih membersihkan lantai lagi..sambil posing..hehe

















rajin budak ni buat keje sampai tak sedar ada orang amik gambar..kalau sedar konfem posing sakan.. =)..gambar ni kat area birds park..











budak2 ni sedang menyediakan makanan untuk burung...












ada juga yang kena mencuci cermin akuarium dari dalam...ni gambar dalam kawasan akuarium...tapi yang sedang membersihkan cermin ni bukan la pelatih...huhu










lap cermin ni je la yang dibenarkan dilakukan oleh pelatih..yang dalam air tadi tak boleh la..huhu











muka2 yang sampai awal untuk minum pagi di kantin Zoo..kesian diorg tak sempat sarapan pagi..tu la sape suruh bangun lambat.. =)











semua sedang menikmati makanan...sedap gak..bihun singapore, air teh O, teh tarik dan nescaffe...











Time lapar makan ape pun sedap..betul tak?huhu













habis satu tray bihun budak2 ni sapu...huhu













ni aktiviti selepas minum pagi lak..aku sambung lagi aktiviti aku mencari tempat budak2 ni buat keje...ni kat kedai depan pintu masuk zoo tu je..kat sebelah tempat tgu bas tu..dia jual cenderahati je..paper bag, poskad, kasut croc pon ada gak.. =)








kat sini ada dua pelatih sedang bertugas memasang tiket pada tangan pengunjung. tempat ni dekat depan pintu masuk utama ke zoo...terpacak la diorang kat sini sampai petang..kesian..hehe










jadi untuk menceriakan hati diorang aku pon amik la gambar mereka berdua ni..baru la terpancar senyuman di wajah mereka..hehe











gambar ni kat dalam kandang kura2..rajin betul budak2 ni..berposing pon diorang rajin,..huhu












budak2 ni sedang bagi kambing makan..lapar betul kambing2 ni..masuk je dalam kandang terus kena serbu..takut budak2 ni nak masuk..











dapat gak aku bergambar dengan unta2 ni kat dalam kandang mereka...terasa macam pergi buat umrah plak..hehe
masa ni ada sepasang unta lagi sedang buat bising..zoo keeper cakap tengah nak mengawan..huhu








mereka ni masih lagi meneruskan usaha murni menghantar makanan ke kandang2..bersemangat..bagus2..











ni kat taman rama2..dok jaga kaunter tiket..mahal gak..kanak2 rm3..dewasa rm5..












ni budak2 tahun1..baik je..nak g makan tengahari la tu..tgk muka pon tau..hehe












semua tengah makan tengahari di picnic area kat dataran dato' ismail..












masa ni dah nampak wajah2 penat dan lapar...tp depan kamera semua suka..hehe












makan nasi putih..ayam masak merah..sayur campur dan sirap oren..sedap gak..tu yang tersenyum2 kot.. =)











Pukul 2pm diorang sambung lagi keje..aku pon sambung la melawat diorang lagi..kepada semua yang tak pernah tengok ni la zirafah namanya..hehe
















ni pulak badak sumbu..sasa betul badan mereka..













haiwan ni dok tepi pagar sambil dok tergaru2..patut la nama dia kanggaru..haha













monyet2 ni selamba je dok tunggu orang baling pisang..senang btul hidup mereka..lepak je..hehe












yang ni kuda kerdil..comel je..jinak lak tu..













masa ni dah atas bas dah..nak bergerak pulang ke PPUM..masing2 dah penat...pastu tdo tak ingat dunia dah atas bas tu..memang penat..tahniah la kepada semua peserta...

4 comments:

  1. berhati mulia sungguh para student dan pengajar KTMP PPUM nih... dgn relahati menjadi sukarelawan..byk pahala y'all dpt. teruskan usaha murni anda di masa depan. sy ada cdgn... apa kata y'all buat volunteer program kt rumah i ;p

    ReplyDelete
  2. diorg mmg rajin..bersungguh2 buat keje..sukarela lg..hehe..best gak tgk gmbar2 diorg dgn haiwan2 kat kandang yg diorg bersihkan tu..nnt next year kita try buat lg..kali ni pengajar pon kena jd sukarelawan gak..ada berani?

    ReplyDelete
  3. nnt ajar sy wt blog ni ek..
    ktorg yg da nk abeh ni nnt leh join skaki lg kew?

    ReplyDelete
  4. bleh je..korang ada je kat spital kan..bila2 je bleh join..nak kena bg kuliah pasal blog plak ke..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Share |