Marilah Kita Berdoa Memohon Pertolongan Allah

Friday, May 28, 2010

Mitos : Makan Lebihan Suapan Pada Anak


Salam... info ini diambil dari satu blog yg saya layari...untuk sama2 mendapat manfaat darinya..InsyaAllah.

Sebagai ibu dan bapa kita pasti berdepan dengan pelbagai mitos dalam usaha menjaga dan mendidik anak-anak yang kita sayangi. Antaranya adalah sebagai ibu dan bapa kita dilarang untuk memakan lebihan makanan anak-anak. Cerita orang-orang tua, dikhuatiri anak itu tidak akan menghormati ibu dan bapanya.


Saya terjumpa satu jawapan bagi mitos di atas. Penyelesaian itu diungkapkan dengan penuh hikmah oleh Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah dalam Majalah Pa & Ma keluaran Mei 2010.


Beliau menjelaskan bahawa tabiat si ibu dan ayah yang memakan lebihan makanan anak itu adalah salah satu ciri mulia kerana mengurangkan pembaziran. Dan mitos seperti di atas itu tiada sumber yang pasti dan sahihnya.


Dengarkan riwayat ini pula:


Anas bin Malik r.a menerangkan: Apabila Rasulullah SAW makan, Baginda menjilat jari-jarinya tiga kali. baginda juga bersabda: Jika sesuatu makanan seseorang jatuh, hendaklah (dia mengambilnya) dan membersihkan apa-apa kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan.


Anas melanjutkan: (Rasulullah) juga menyuruh kami untuk menghabiskan apa-apa sisa makanan. Baginda berpesan: Ini kerana kalian tidak tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan.
(Sahih Muslim, no:2034)


Sejujurnya amalan ibu bapa ini akan menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak kerana budaya menghormati makanan yang Allah anugerahkan itu. Selain dapat membendung pembaziran, ia merupakan didikan melalui perbuatan ibu bapa secara langsung pada pemerhatian anak-anak.


Anak-anak itu adalah cermin peribadi ibu bapanya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Share |