Marilah Kita Berdoa Memohon Pertolongan Allah

Thursday, June 24, 2010

e-learning..menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional?


Salam..
Sudah lama jugak aku tak 'update'kan blog aku ni. Aku agak sibuk beberapa hari kebelakangan ni. Semester baru akan bermula 5 julai. Ahad ni pula pelajar2 sesi baru akan mendaftarkan diri. Kolej sudah siap diubahsuai tapi masih ada beberapa perkara yang belum diperkemaskan. Pelajar2 senior pulak tengah sibuk menghiaskan kolej untuk menyambut kehadiran junior2 mereka. tapi aku bukan menulis untuk menceritakan semua ini.

Pertengahan bulan Jun yang lalu aku menghadiri satu bengkel latihan menggunakan satu 'software' untuk pembelajaran secara 'e-learning'. satu bengkel yang sangat menarik. aku diajar untuk menggunakan 'software' ini di dalam pengajaran dan pembelajaran. banyak benda yang boleh dilakukan menggunakan 'software' ini termasuk menggunakan audio dan video.melalui kaedah ini aku mungkin tidak perlu lagi memberikan kuliah di dalam kelas. pelajar akan mendapatkan nota2 kuliah secara online di internet dan juga membuat kuiz dan latihan juga di internet. mereka juga boleh mencetak keputusan kuiz mereka dah serahkan kepada pengajar. sesi kuliah sedia ada boleh digunakan sebagai sesi perbincangan.Cukup menarik.

Kaedah ini memang sudah banyak digunakan di negara2 lain.banyak juga contoh2 yang aku jumpa semasa mencari maklumat di internet. Menarik dan terbuka. sesiapa saja boleh melihat, membaca dan membuat latihan.

Namun terdapat banyak persoalan yang perlu dijawab dan disediakan sebelum kaedah ini dapat dilaksanakan. mampukah ia menggantikan kaedah konvensional yang kita gunakan sekarang? adakah pelajar dan juga pengajar kita dapat menerima kaedah ini? adakah pengajar akan dipersalahkan jika ramai pelajar gagal disebabkan kaedah ini?kerana mereka hanya belajar melalui nota2 yang di'upload' ke dalam internet. Adakah jaminan bahawa pelajar2 akan membuat kuiz dan latihan dengan sendiri dan bukan mengupah org lain? tidakkah pelajar akan hanya mahir dalam menjawab soalan secara online tetapi tidak pandai berdiskusi secara lisan?

Bagi aku mungkin buat permulaan aku boleh 'burn'kan dalam CD dan pasang ketika sesi pengajaran ataupun edarkan kepada pelajar2 dan pastikan semua mendapat nota tersebut. Ataupun membuat sesi ujian penilaian secara serentak kepada semua pelajar di dalam bilik komputer untuk pastikan tiada yang meniru atau mengupah orang lain. tapi perlukan banyak komputer. tapi untuk kaedah yang seperti ini memang banyak memerlukan bantuan teknologi. Aku sangat berminat dengan kaedah ini tetapi banyak yang perlu dilakukan.

Aku yakin jika semua betul2 berusaha untuk mencuba kaedah ini ia pasti akan dapat dilaksanakan. Pihak yang memperkenalkan kaedah ini memang cukup bersemangat dan aku doakan agar mereka terus bersemangat untuk memastikan kaedah ini akan dapat dijalankan satu hari nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Share |