Marilah Kita Berdoa Memohon Pertolongan Allah

Saturday, June 5, 2010

Puteriku Nur Afifah Amani

Alhamdulillah...
1 Jun 2010, Selasa, jam 11.13am puteriku Nur Afifah Amani seberat 4.376kg telah selamat dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Hatiku yang begitu bimbang tatkala isteriku memasuki bilik pembedahan bertukar ceria dan bersyukur apabila isteri dan anakku selamat.
Anak sulungku Muhammad Afif Aieman juga sangat gembira menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Begitu beria dia hendak mengajak adiknya bermain semua permainan yang ada padanya.











3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Share |